Thursday 20 March 2014

APA ITU PHISHING

Posted by Master IK | 05:44 Categories:






Assalamualaikum dan salam satu malaysia.buat pembaca semua hari ini admin ingin memberi pengetahuan tentang phishing kepada  anda semua.Ramai mangsa yang telah menjadi sasaran phishing dan ramai mansa yang telah rugi masa dan wang kerana telah ditipu oleh pemangsa phishing tersebut.

admin tidak mahu mengulas panjang..jadi bacalah info atau maklumat tentang APA ITU PHISHING





Phishing adalah suatu tindakan  untuk memperoleh sesuatu maklumat seperti nama pengguna , kata laluan, dan butiran kad kredit dan juga wang dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai dalam komunikasi elektronik. Komunikasi  yang digunakan  berupa  laman web sosial contohnya FACEBOOK dan E-MAIL , laman lelong, bank-bank, pembayaran online dan sebagainya. . E-mel phishing yang digunakan mungkin mengandungi segala maklumat pautan ke laman web yang dijangkiti malware.  Phishing biasanya dilakukan dengan menggunakan  e-mel palsu dan laman web sosial yang telah diubah dan apabila pengguna  memasukkan butiran di laman web palsu yang kelihatan sama dan hampir serupa dengan yang sah segala butiran seperti " login id" dan "password" akan dihantar kepada e-mail pemilik website palsu tersebut..

Sasaran Phishing:

1. laman web sosial
2.laman pembayaran  online seperti e-bay,visa,dan pay-pal

contoh laman web phishing...untuk mengetahui laman web itu phishing atau tidak hanya perhatikan url laman web tersebut jika ia berlainan daripada yang asal itu adalah laman web phishing




Phishing adalah contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna , dan mengeksploitasikan kebolehgunaan teknologi keselamatan web yang lemah..

Antara Tujuan Phishing ialah:

1.mengeksploitasikan pengguna
2.mencuri wang
3.mencuri data peribadi

cara mengelakkan daripada diancam phishing:

gunakan software yang boleh menghalang phishing contohnya:

                                               1.ANTI-PHISHIG DOMAIN ADVISOR



2.NORTON 360



Satu teknik phishing telah diterangkan secara terperinci pada tahun 1987, dan (mengikut penciptanya ) penggunaan pertama direkodkan istilah " phishing " telah dibuat pada tahun 1995 oleh Jason Shannon AST Computers. Istilah ini adalah variasi memancing,  mungkin dipengaruhi oleh phreaking , dan merujuk kepada " umpan " yang digunakan dalam harapan bahawa mangsa  akan " digigit" dengan mengklik link yang berniat jahat atau membuka lampiran berniat jahat, di mana maklumat kewangan dan kata laluan mereka mungkin akan dicuri..'


INFO YANG AMAT BERGUNA BAGI SEMUA...SEKIAN.


Keyword:

Asal usul phishing

Phishing

Apa itu phishing

Cara elak daripada kena phishing

Keburukan phishing

Tujuan phishing

0 ulasan:

Post a Comment

nuffnang